Thursday 8 December 2011

Karangan : Sebab-sebab lalu lintas

   Kesesakan lalu lintas adalah satu masalah yang masih belum dapat diatasi di kota besar seperti Kuala Lumpur, walaupun sistem pengangkutan di negara Malaysia semakin hari semakin canggih. Huraikan sebab-sebab berlakunya kesesakan lalu lintas di negara kita.

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan di negara kita semakin hari semakin maju dan giat di majukan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak padi tumbuh selepas disiram. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat untuk penduduk Malaysia bagi mengelak berlakunya masalah kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringkas (LRT), Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan, malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi kronik dan membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak. Masalah ini perlulah dititik berat oleh semua pihak dan bersama-samalah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapat dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya, beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku saban waktu dalam perjalanan sungguhpun awam disediakan.

Jadual yang tidak sistematik juga salah satu punca utama penyebab kepada kesesakan lalu lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadual perjalanan tidak sistematik disebabkan kelemahan pihak pengurus jadual perjalanan. Hal ini demikian, pihak yang berkenaan tidak memahami keadaan sebenar secara mendalam, mereka menyediakan jadual berdasarkan waktu lapang mereka. Secara ringkasnya, kesesakan lalau lintas disebab kesibukkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke rumah atau ke kelas tuisyen.

Memang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah satu faktor kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini kerana kenaikan harga minyak yang disebabkan permintaan dalam pasaran dunia dan kejatuhan nilai Dolar Amerika telah menjelaskan taraf hidup dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh , pada tahun sebelum-sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak ini telah meningkat lagi beban masyarakat. Panataran ini, mnyebabkan penumpang terpaksa menanggung kos tambang yang tinggi, masyarakat sanggup berkereta sendiri agar dapat mengurangkan kos pembelanjaan bulanan. Natijahnya, kesesakan lalu lintas terus berlaku.

Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satu sebab yang sukar dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawan kerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan lebih mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan kebajikan masyarakat. Fenomena ini berlaku kerana golongan muda pada zaman ini tidak mahu membazir masa dengan setakat untuk menunggu ketibaan bas ke suatu tempat , mereka berpendapat bahawa "masa itu emas" dan masa itu juga adalah duit. Oleh hal yang demikian, mereka rela memandu sendiri. Impaknya, masalah kesesakan lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.

Pembinaan stesen di lokasi yang tidak strategik juga satu punca yang sukar dinafikan. Hal ini disebabkan, kawasan pembinaan stesen komuter amat jauh dari pusat bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, Ampang, Cheras dan banyak lagi tempat. Pembinaan stesen komuter di kawasan yang jauh malam di dalam hutan menyebabkan pengguna berasa sukar untuk mendapat tempat letak kenderaan di stesen komuter. Senario ini membuktikan bahawa pengangkutan awam yang disediakan tidak memberi kemudahan secara langsung kepada pengguna. Pengguna terpaksa menukar stesen dari satu stesen ke suatu stesen, namu begitu, pengguna sukar mendapat pengangkutan perantara dari stesen komuter ke destinasi yang hendak dituju. Untuk mejimatkan masa dan wang untuk bertukar stesen ke satu stesen, pengguna lebih rela menggunakan kenderaan sendiri. Habis, kesesakan lalu lintas di nusa kita terus berlaku dan tidak pernah selesai.

Secara tuntas, walaupun negara kita canggih dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai jenis pengangkutan awam giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, senario kesesakan lalu lintas tidak dapat berjaya dibendung selama ini khasnya di bandar-bandar utama pada waktu berkerja. Hal ini telah membebankan rakyat dari pelbagai segi seperti masa dibazirkan pada waktu kesesakan, kelewatan menguruskan urusan yang penting. Daripada membiarkan masalah ini kronik, pelbagai langkah yang efisien dan praktikal harus diambil dengan serta merta. Oleh itu, kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakan dan mengambil tindakan dengan bijak menggunakan peruntukan supaya lalu lintas dilancarkan semula.





Rujukan...
Kamus Dewan Edisi keempat..
Cikgu Azhar (email)
Cikgu Azizi (abah)
Cikgu Zakiah (ibu)
Rujukan karangan - http://www.scribd.com/doc/33872050/CONTOH-CONTOH-KARANGAN
Cikgu2 - http://cikgubmspm.wordpress.com/

0 comments:

Post a Comment